"Buang" Universiti Jika Terlibat Dadah

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada kompromi bagi penuntut yang didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Beliau juga mengakui kes berkaitan dadah yang berlaku dalam kalangan pelajar kebelakangan ini adalah sangat membimbangkan.

"Pihak kami memandang serius dengan kes dadah yang berlaku dalam kalangan pelajar, sehubungan itu tindakan tegas akan diambil terhadap yang terlibat.

"Bagi memastikan tidak ada yang terlepas, kami akan lakukan pemeriksaan secara rambang untuk mengenalpasti pelajar yang terlibat dalam dadah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Jelasnya, peraturan universiti jelas mengatakan bahawa pelajar tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dengan dadah.

"Jika pelajar didapati bersalah, serta-merta akan dibuang dari universiti.

"Pihak universiti akan serahkan pelajar berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Abdullah dihubungi ketika diminta mengulas mengenai laporan berita tentang visa pelajar yang digunakan bagi tujuan mengedar dadah.

Tags / Kata Kunci: dadah , UiTM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan