Saifuddin Gesa Perpaduan Dalam Pakatan Harapan

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 4:24 PM

Datuk Saifuddin Abdullah

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Saifuddin Abdullah menggesa perpaduan dalam pakatan pembangkang untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka sudah bersedia untuk menawan Putrajaya.

Saifuddin pada Sabtu berkata tidak ada sebab mengapa PKR dan Pakatan Harapan tidak akan berjaya dalam pilihan raya akan datang.

Bekas ahli politik Umno itu berkata, bagaimanapun terdapat keperluan di kalangan ahli-ahli gabungan itu untuk bersatu padu.

"Jika kita berperang dengan diri kita sendiri, kita tak akan dapat menjadi kerajaan persekutuan," kata Saifuddin yang bercakap di Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Ideal.

Saifuddin turut memetik pepatah Melayu 'bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'.

"Janganlah kita bergaduh sesama sendiri," ujar beliau.

Saifuddin juga berkata ini adalah sebab mengapa Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk segera meneruskan dua dokumen penting iaitu Perjanjian Pakatan dan Dasar Bersama Pakatan.

Beliau berkata, ini penting kerana ia akan membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan serius dan bersedia bukan sahaja untuk mengambil alih Putrajaya tetapi untuk mentadbir negara dengan lebih baik.

Saifuddin berhujah bahawa dokumen itu juga penting untuk mengukuhkan proses membuat keputusan di kalangan parti-parti dalam gabungan itu dan juga akan digunakan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata pilihan raya umum sebelum ini telah menunjukkan bahawa sesetengah pengundi hanya mengundi pembangkang kerana mereka tidak berpuas hati dengan Umno dan Barisan Nasional dan bukan kerana mereka bersetuju dengan pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat.

Saifuddin juga menyebut bahawa negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Selangor dan Pulau Pinang telah berjaya dalam mewujudkan lebihan dalam bajet negeri, tidak seperti di negeri-negeri yang ditadbir oleh parti pemerintah, walaupun tidak menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan