MyEG Nafi Guna Ejen Perbaharui PLKS

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MyEG menafikan ia menggunakan ejen sebagai pihak ketiga untuk mengendalikan permohonan memperbaharui Pas Lanjutan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing, sebagaimana dakwaan yang kini disiasat oleh kerajaan.

"Tak benar. Kita tak lantik mana-mana ejen pihak ketiga," kata seorang jurucakap MyEG kepada The Star pada Sabtu.

"Kita akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuktikan bahawa perkara itu tidak berlaku," katanya.

Pada Sabtu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed berkata, terdapat aduan mengenai MyEG atau kakitangannya yang mengambil ejen untuk permohonan pembaharuan permit pekerja asing.

Beliau berkata, kementerian sedang meneliti kesahihan laporan berkenaan dan melihat isu berkenaan secara serius.

Nur Jazlan berkata, syarat yang dikenakan kepada MyEG adalah ia tidak dibenarkan untuk melantik ejen.

Dalam pada itu, jurucakap MyEG menggesa pihak majikan yang mempunyai pekerja asing supaya terus berhubung dengan syarikat itu secara dalam talian, dan bukan melalui ejen.

"Sebarang dakwaan oleh ejen yang mewakili MyEG adalah satu penipuan," katanya.

Tambah jurucakap itu bahawa syarikat itu telah membuat beberapa laporan polis berhubung dakwaan penipuan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Nur Jazlan Mohamed , MyEG , PLKS

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan