MIC Mahu Kekal Status Quo Dalam Kabinet

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 9:30 PM

Subramaniam.

Dr Subramaniam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan memohon satu lagi jawatan menteri penuh selepas bekas presiden parti itu, Datuk Seri G. Palanivel digugurkan dalam rombakan Kabinet, Julai lepas.

Sebelum rombakan Kabinet, MIC mempunyai dua jawatan menteri penuh iaitu Palanivel sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Seri Dr S.
Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan.

Parti itu turut mempunyai dua jawatan timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini hari ini, presiden parti Dr Subramaniam berkata beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memohon satu lagi jawatan menteri.

Mesyuarat CWC itu adalah pertama kali diadakan selepas pemilihan parti itu pada 6 Nov lepas yang menyaksikan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 jawatan dalam CWC.

Pada mesyuarat itu, bekas naib presiden Saravanan dan bekas ketua penerangan parti, Datuk V.S Mogan dilantik sebagai anggota CWC.
Dr Subramaniam berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan kuasa presiden melantik sembilan lagi anggota CWC.

"Tujuh lagi anggota CWC termasuk setiausaha agung dan bendahari agung akan dilantik kemudian yang mungkin mengambil masa dua bulan lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lebih dua jam itu.

Saravanan tewas kepada Datuk Seri S.K Devamany dalam perebutan jawatan timbalan presiden dengan memperolehi 681 undi manakala Devamany meraih 698 undi dalam pemilihan parti.

Dalam pemilihan itu, Mogan kecundang dalam perebutan jawatan naib presiden dengan hanya memperoleh 768. Jawatan itu dimenangi dua bekas ketua Pemuda iaitu Datuk S.A Vigneswaran dan Datuk T. Mohan serta bekas bendahari agung, Datuk Jaspal Singh.

Mesyuarat itu juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin, Jawatankuasa Pengurusan Aset, Jawatankuasa Pilihan Raya, Majlis Konsultasi Masyarakat India, Jawatankuasa Ekonomi dan Jawatankuasa Pendidikan.

Dr Subramaniam berkata penubuhan jawatankuasa baharu itu bagi memantapkan dan memperkuatkan parti supaya dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat India terhadap parti berusia 68 tahun itu.

Diminta mengulas mengenai laporan akhbar Tamil yang menyebut penyokong kuat Palanivel bercadang untuk bekerjasama dengan kepimpinan baharu parti itu, Dr Subramaniam berkata: "Kami akan mengadakan perbincangan dengan mereka dalam masa dua minggu ini supaya dapat mencari langkah terbaik agar mereka kembali semula kepada parti."
Tags / Kata Kunci: MIC , status quo , menteri penuh , Dr Subramaniam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan