Masalah Guru Duka Lara Akan Diatasi - Mahdzir Khalid

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 5:09 PM

Mahdzir Khalid

Datuk Seri Mahdzir Khalid

(Ubah saiz teks)

PADANG TERAP: Kementerian Pendidikan sedang menganalisis mekanisme baharu bagi mengatasi masalah lebih 30,000 guru yang berduka lara, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau menggunakan istilah duka lara bagi merujuk kepada guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.

Katanya beliau telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula secara holistik sistem sedia ada dan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi masalah berjauhan itu.

"Dalam tempoh tiga bulan dari sekarang apabila kajian siap, saya akan buat pengumuman apakah sistem dan formula yang baik. Saya amat bersimpati dengan guru-guru yang terpisah dengan suami atau isteri masing-masing sejak bertahun-tahun lamanya," katanya kepada pemberita pada majlis menyampaikan bantuan persekolahan di sini Sabtu.

Beliau berkata BPSM dan BPSH juga turut diarah untuk mengkategorikan beberapa kriteria dalam mekanisme tersebut iaitu bagi kategori pertama merupakan  suami dan isteri yang masing-masing adalah guru, kategori kedua hanya seorang daripada pasangan suami isteri itu merupakan guru dan ketiga tempoh masa pasangan suami isteri itu berjauhan.

"Walaupun sistem 'traffic light' yang diguna pakai sekarang adalah baik, namun ia tidak mampu menyelesaikan masalah guru duka lara memandangkan ia lebih berdasarkan kepada kekosongan guru bagi mengajar subjek tertentu di sesebuah sekolah.

"Kita ada dua pilihan, ikut keperluan subjek ada atau kita selesaikan masalah perpisahan suami isteri. Ini yang sedang dirumuskan dan perkara ini sedang dibuat analisa," katanya.

Sistem traffic light ialah bagi membantu guru memilih negeri untuk mereka bertukar berdasarkan warna iaitu hijau bermaksud terdapat kekosongan manakala merah bermaksud jawatan telah diisi penuh.

Mahdzir berkata kelulusan permohonan pertukaran bergantung kepada tiga perkara utama iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

Mengenai sekolah yang dijangka mengalami banjir, beliau berkata sekolah yang berisiko dilanda banjir seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah telah dikenal pasti untuk dipantau bagi tindakan persediaan.

"Saya beranggapan semua Pejabat Pendidikan Daerah sudah bersedia sekiranya berlaku banjir, sama ada sekolah akan dijadikan pusat pemindahan dan lain-lain lagi," katanya.

Beliau berkata setakat ini hanya sebuah pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Menengah St Paul di Beaufort, Sabah, yang terpaksa dipindahkan ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort akibat banjir.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan