Keputusan Kajian Vape, Perisa Cecair Diumum Tak Lama Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

LARUT: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keputusan mengenai kajian terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata ini kerana sekiranya mahu vape dibenarkan dijual di pasaran, ia perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.

Katanya, ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhdap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.

"Penggunaan peranti dan perisa cecair rokok elektronik itu mesti menepati standard yang telah diguna pakai oleh pihak antarabangsa.

"Apa pun keputusan dibuat nanti adalah keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak dan diharap tidak akan timbul isu lagi pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Larut di Hospital Selama di sini Sabtu.

Hamzah berkata usaha memperkenalkan standard khas itu dibuat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK), Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd.

"Dari segi cecair vape yang akan digunakan nanti, ia perlu menepati kandungan paras nikotin sama seperti kandungan nikotin yang dibenarkan dalm rokok kerana ada pihak yang mengatakan vape boleh merosakkan kesihatan sementara pihak lain mengatakan ia boleh mengurangkan tabiat merokok.

"Jadi apabila kajian itu telah selesai sehingga analisis yang dilakukan benar-benar saintifik, baharu kita keluarkan satu peraturan dari segi penggunaan dan penjualan yang akan diumumkan nanti," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: vape , Hamzah Zainuddin , KPDNKK

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan