Jurang Antara Agensi Kewangan - Usahawan Perlu Diatasi - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 5:35 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurang halangan antara agensi kewangan kerajaan dan usahawan bumiputera dari segi mendapatkan modal perlu diatasi bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya pada masa hadapan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kekangan modal perlu ditangani kerana ia merupakan halangan utama bagi para usahawan terutamanya usahawan bumiputera untuk melangkah lebih jauh.

"Kita mempunyai peruntukan untuk usahawan berbilion ringgit setiap tahun.Kadang kala tidak cukup permohonan masuk untuk dapat pinjaman atau dana yang disediakan," katanya dalam ucapan beliau sebelum merasmikan Konvensyen Dana Bumiputera anjuran Pemuda Umno dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan beberapa agensi kerajaan lain, di sini, Sabtu.

Khairy berkata Pemuda Umno mahu melihat usahawan bumiputera berjaya di Malaysia dan ia memerlukan sokongan perincian kewangan termasuk proses permohonan dan peluang mendapatkan pembiayaan.

"Kita harus melihat kenapa masih ada lagi jurang antara persepsi dan realiti, juga di antara apa yang disediakan oleh agensi dan institusi kewangan kerajaan.

"Kita juga harus melihat pandangan daripada akar umbi yang mengatakan masih lagi terlalu susah untuk mendapat pinjaman untuk memulakan perniagaan," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Khairy berkata, isu dana usahawan bumiputera akan turut menjadi salah satu perkara yang bakal dibangkitkan semasa Perhimpunan Agung Umno akan datang.

"Kita hendak mencari penyelesaian untuk perkara ini supaya semua dana yang disediakan oleh kerajaan ini betul-betul mendapat manfaat untuk peniaga dan usahawan bumiputera," katanya.

Mengenai isu muflis, Khairy berkata Pemuda Umno telah meminta Jabatan Insolvensi untuk membuat pindaan kepada akta kebankrapan supaya golongan belia lebih mudah menamatkan status muflis mereka.

"Kita telah bangkitkan perkara ini tiga atau empat tahun yang lepas bahawa kita perlu ada usaha untuk membebaskan mereka yang telah disenaraikan sebagai muflis dengan lebih mudah.

"Ada negara-negara yang melepaskan dengan lebih mudah tetapi kita susah sampai isu itu jadi satu beban sepanjang hayat," tambahnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan