Hamidah Dipecat Dari Umno Kerana Melampaui Batas - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 2:39 PM

Hamidah Osman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti kerana beliau melampaui batas.

Menafikan dakwaan Hamidah bahawa pemecatan itu menunjukkan bahawa demokrasi telah mati dalam parti, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat ramai yang masih bersama Umno sebagai ahli walaupun mengkritik kepimpinan parti.

"Demokrasi dalam Umno masih lagi sangat sihat dan di negara ini, kita yang paling demokratik kerana bagi majlis tertinggi kita, pemilihan diadakan sehingga ke peringkat bahagian," kata Khairy apda sidang media di sini, Sabtu.

Khairy membidas DAP dengan mempersoalkan berapa ramai ahli yang terlibat dalam pemilihan untuk jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti.

Beliau berkata, dalam demokrasi, kebebasan yang diberikan harus mempunyai tanggungjawab.

"Sebagai parti politik, ahli-ahli perlu berdisiplin, kita bukannya pasar ikan di mana semua ahli boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka," kata Khairy.

Hamidah yang mengulas mengenai pemecatannya dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu merupakan tanda demokrasi telah mati dalam Umno.

Tags / Kata Kunci: Hamidah Osman , Khairy Jamaluddin , Umno

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan