Adik Kevin Morais Pengecut Lari Ke Luar Negara - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 11:51 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan adik kepada mendiang Datuk Kevin Morais sebagai pengecut kerana melarikan diri ke luar negara selepas membuat dakwaan berhubung kes pembunuhan abangnya.

Beliau berkata, Charles meninggalkan negara ini melalui Johor Baru pada kira-kira pukul 1.30 pagi Khamis, selepas membuat dakwaan pada malam sebelumnya.

"Dia seorang lelaki yang sangat tidak bertanggungjawab. Ini yang dikatakan sebagai "pukul curi" kerajaan. Lelaki jenis apa dia ini?

"Jika anda mempunyai bukti atau maklumat mengenai kes itu, ia menjadi tugas anda untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Sabtu.

Khalid berkata, polis sedang menjejaki Charles menerusi peguamnya, Amerik Sidhu.

"Kita telah membuka kes terhadapnya di bawah Seksyen 202 Kanun Prosedur Jenayah kerana mempunyai maklumat dan 124L Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan sabotaj," katanya.

Charles yang menandatangani akuan bersumpah pada Rabu lalu mendakwa mempunyai pemacu pena yang mengandungi maklumat berkaitan kematian Kevin yang akan menjejaskan individu berpengaruh tertentu di negara ini.

Charles berkata, pemancu pena itu kini selamat di Amerika Syarikat, dan telah mengarahkan supaya kandungannya didedahkan kepada umum jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya selepas pendedahan ini dibuat. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan