1,400 Pembekal Sedia Stok Makanan Tiga Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 4:42 PM

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad (kiri) bertanya bekalan gula kepada Pengurus Syarikat Keluarga Utama Sdn Bhd Kenneth Phang (tengah) ketika melawat syarikat berkenaan, Sabtu. Lawatan berkenaan diadakan untuk memastikan bekalan makanan mencukupi pada musim banjir di negara ini.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Sebanyak 1,400 pembekal barang keperluan asas di seluruh negara telah membuat persiapan menghadapi banjir dengan menyediakan stok makanan untuk tempoh tiga bulan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan bekalan mencukupi terutama ketika musim banjir.

"KPDNKK telah membuat persiapan yang sewajarnya untuk memastikan bekalan khususnya beras, gula, tepung, minyak masak dan gas memasak tidak terputus serta dapat dibekalkan kepada orang ramai termasuk di pusat pemindahan banjir.

"Berdasarkan pemantauan kami di seluruh negara, sebanyak 1,400 pembekal telah memberi jaminan bekalan makanan terutama keperluan asas mencukupi untuk tempoh tiga bulan akan datang," katanya kepada pemberita selepas  mengadakan lawatan di Syarikat Keluarga Utama Sdn Bhd di Perai di sini, Sabtu.

Syarikat itu merupakan pembekal utama barang keperluan asas di wilayah utara dan mereka telah menyediakan stok beras sebanyak 1,600 tan, gula (3,000 tan) dan tepung gandum (500 tan).

Alias berkata pihaknya juga mewujudkan pasukan khas bagi membantu agensi berkaitan khususnya Jawatankuasa Tindakan Bencana Negeri dan Daerah dalam mendapatkan bekalan barang keperluan harian untuk mangsa banjir yang memerlukan.

Katanya KPDNKK juga akan memastikan negeri yang tidak berisiko banjir besar seperti Pulau Pinang mempunyai lebih banyak bekalan makanan dalam usaha memastikan stok sentiasa mencukupi.

"Selain mempunyai bekalan yang cukup, kami juga akan memastikan akses untuk menghantar dan mendapatkan stok itu berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ketika musim banjir dan tindakan undang-undang akan diambil jika mereka ingkar.

"Ketika ini KPDNKK belum putuskan untuk mewartakan harga kawalan ke atas barang keperluan berkenaan tetapi jika ia dijual dengan harga lebih mahal dan tidak terkawal, kami akan menetapkan harga siling dalam usaha melindungi pengguna," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Alias Ahmad , KPDNKK , banjir

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan