Aznil Bawa Senyuman Kepada Kanak-Kanak Pesakit Kanser

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 10:24 AM

Aznil (kiri) menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi khas buat Saiful sempena hari lahirnya yang ke 10.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Disebalik kesakitan yang ditanggung akibat penyakit kanser yang dihidapinya, Muhammad Saiful Ali kelihatan tersenyum apabila berpeluang menemui idolanya, personaliti televisyen Datuk Aznil Nawawi.

Berusia 10 tahun, Saiful yang kelihatan berbaring kerana dalam keadaan lemah bagaimanapun tidak dapat memberi sebarang maklum balas kepada semua yang berada di sekelilingnya kecuali mengukir senyuman sebaik melihat kelibat Aznil.

Budak lelaki itu berbisik kepada Aznil mengenai hasratnya untuk berkunjung ke Legoland apabila sihat nanti.

Saiful juga memberitahu Aznil dia gemar menonton program kanak-kanak, Tom Tom Bak yang dihoskan Aznil.

"Saya gembira kerana dapat bertemu kamu juga. Boleh tak kamu berjanji untuk terus kuat, makan ubat dan InsyaAllah kamu akan sihat kembali," kata Aznil sambil meminta Saiful menjawab "ya".

Keadaan kesihatan Saiful yang semakin serius menyebabkan dia tidak dapat meneruskan persekolahan sejak September lalu.

Aznil yang lebih dikenali sebagai Pak Nil dimaklumkan mengenai keadaan Saiful dan permintaannya oleh Children's Wish Society (CWS) Malaysia seminggu lalu.

"Saya terharu dan bersyukur kerana dapat membawa senyuman kepada seseorang," katanya sambil menambah beliau berhasrat membantu sesiapa yang sakit dan memerlukan untuk mendapat nikmat serta kesyukuran sepanjang kerjayanya.

"Saya mahu berikan kasih sayang dan semangat kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Semasa majlis makan malam sempena hari lahir Saiful pada 10 November itu, Aznil juga bergambar dengan peminat ciliknya itu.

Bapa Saiful, Ali Abdullah, 43 dan ibunya, Emmi Sabai, 31 berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha untuk menggembirakan anak mereka.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan