Kongres PKR: Azmin Yakin Isu PAS-PKR Selesai

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 1:09 PM

Azmin ketika merasmikan Kongres PKR di Dewan Sivik MBPJ, Jumaat. Turut hadir Ketua Wanita, Zuraida Kamarudin dan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Disebalik konflik berterusan antara PAS dan PKR di Pulau Pinang, Azmin Ali yakin masalah yang timbul dapat diselesaikan.

"Walau apa juga masalah yang dihadapi, kami akan tangani. Saya percaya kami dapat bekerjasama sebagai sebuah keluarga dan atasinya.

"Apa yang penting adalah kerjasama dan bersatu menentang Umno serta Barisan Nasional," kata Timbalan Presiden PKR itu pada sidang media selepas merasmikan Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini, Jumaat.

Azmin berkata, beliau optimis pihaknya dapat mencari jalan penyelesaian untuk menangani isu antara PKR dan PAS.

"Pakatan Harapan adalan landasan yang dapat menyatukan PKR, DAP, Parti Amanah Rakyat dan PAS.

"Walaupun kami ada pandangan berbeza, kami hormati antara satu sama lain," tambah Azmin lagi.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Pakatan Harapan akan lebih bersatu dan kukuh berlandaskan satu agenda yang sama.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Kongres PKR , PAS , Pakatan Harapan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan