Umno Bukan Milik Seorang Ahli, Tapi Hak Lebih Tiga Juta Ahli - Shafie

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 11:49 AM

Datuk Seri Shafie Apdal ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno 2014.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Shafie Apdal berkata adalah tidak wajar apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno menidakkan tradisi Umno selama ini di mana timbalan presiden akan berucap pada majlis pelancaran sayap-sayap parti pada Perhimpunan Agung Umno.

Dalam satu kenyataannya awal pagi Jumaat, Naib Presiden Umno ini berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli Umno untuk mendengar ucapan, pandangan dan harapan bukan hanya daripada presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk timbalan presiden parti, naib-naib presiden dan juga para perwakilan.

Shafie juga mengimbas pengalaman pertamanya menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada tahun 70-an bersama bapanya, Tun Sakaran.

Beliau berkata, pada masa itu halwa telinga disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas, walaupun ada teguran-teguran lantang dibuat.

"Saya dapat lihat setiap ahli Umno yang hadir termasuk barisan pemimpin tertinggi parti menerima setiap bait ucapan dan teguran itu dengan berlapang dada.

"Umno yang menjangkau usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya eksklusif untuk kepentingan individu-individu tertentu.

"Umno bukan dimiliki oleh seorang ahli, Umno adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," katanya.

Mengenai kehendak ketua-ketua sayap untuk merasmikan sendiri persidangan sayap, Shafie berkata beliau menghormatinya sebagai satu keputusan kolektif.

"Kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap yang lebih arif tentang perjuangan dan memahami perjuangan Umno lebih daripada pemimpin yang lebih berpengalaman, saya hormati keputusan kolektif tersebut.

"Tetapi sekurang-kurangnya takkanlah timbalan presiden dan naib-naib presiden tidak boleh berucap dalam penggulungan?," soalnya.

Shafie juga mengingatkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perancangan transformasi parti.

"Presiden parti pernah menyuarakan dan mahu Umno reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan Umno kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang-orang muda dan sebagainya.

"Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja, sebaliknya ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini," katanya.

Pada Selasa, MT Umno memutuskan bahawa perhimpunan sayap parti itu akan dilancarkan secara berasingan oleh ketua masing-masing.

Najib berkata keputusan itu dibuat untuk memastikan PAU 2015 yang akan berlangsung dari 8 hingga 12 Disember mesra dan positif .

Beliau juga berkata MT Umno membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan cadangan tersebut oleh ketiga-tiga sayap.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu.

Muhyiddin memberi maklum balas di laman Facebooknya pada Rabu, menyatakan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dan akan terus bercakap mengenai haknya walaupun tidak dibenarkan berucap pada PAU 2015.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan