Pemberian Khas RM500 Untuk Penjawat Awam N.Sembilan Dibayar Disember

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 2:26 PM

Datuk Seri Mohamad Hasan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pemberian khas sebanyak RM500 kepada 6,588 kakitangan awam di negeri ini termasuk yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dibayar bulan depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik.

"Pemberian ini juga diharap akan meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk membeli barang keperluan persekolahan anak-anak," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Jumaat.

Mohamad berkata penjawat awam di negeri ini telah mempamerkan kecemerlangan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan pada tahun lepas, kesemua projek yang diluluskan berjaya dilaksanakan dengan kos sebanyak RM88.53 juta.

"Sepanjang mentadbir negeri ini, saya dapati bahawa jentera pentadbiran kerajaan negeri berada di tahap terbaik dan telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

"Pencapaian tersebut dapat dilihat daripada beberapa aspek pengurusan seperti peningkatan kutipan hasil, pelaksanaan projek-projek pembangunan, pembasmian kemiskinan dan keselamatan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan