Mustahil Ramai Anak Orang Asli Mati Akibat Serawan

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 9:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Perak menyifatkan sebagai mustahil laporan yang mendakwa begitu ramai kanak-kanak Orang Asli di Kampung Bunga Hilir di Belum, Perak, meninggal dunia kononnya disebabkan penyakit serawan.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata hasil pemeriksaan berkala jabatan itu mendapati ia bukan seperti dilaporkan.

"Laporan akhbar yang mengatakan 200 kanak-kanak Orang Asli di kampung itu mati adalah mustahil. Angka 200 adalah terlalu besar, malah kami tidak dapat mencarinya," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Akhbar The Star baru-baru ini melaporkan ramai kanak-kanak Orang Asli di kawasan itu didakwa meninggal dunia disebabkan penyakit yang dikenali serawan oleh masyarakat setempat.

Dr Juita berkata selepas mendapat maklumat tentang seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun mati akibat serawan, pasukan jabatan kesihatan telah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut di kampung itu.

"Apabila pasukan kesihatan berada di kampung itu, bapa mangsa memaklumkan ciri-ciri yang terdapat pada anaknya iaitu bintik-bintik putih dan merah di dalam mulut disusuli demam.

"Setelah mengadakan perbincangan menyeluruh dengan pasukan kesihatan, kami berpendapat ia berkemungkinan Herpangina iaitu ulser mulut yang disebabkan virus coxsackie," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Herpangina bukanlah penyakit misteri seperti dilaporkan, malahan ia biasa terjadi dan mudah dijangkiti sekiranya tidak menjaga kebersihan dan kesihatan mulut dengan baik.

Ditanya bagaimana kematian boleh berlaku, beliau berkata ia berkemungkinan disebabkan pesakit lambat terima rawatan dan ulser terdedah jangkitan sekunder.

"Selain itu, penyakit ini juga menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah untuk makan dan minum seterusnya menyebabkan kekurangan air di dalam badan," katanya.

Dr Juita berkata pemeriksaan lanjut akan terus dijalankan, selain rawatan bergerak yang diadakan setiap minggu di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mahu usaha dan langkah lebih proaktif dilakukan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mendekati masyarakat dan mendidik mereka mengenai isu kesihatan.

Pemangku Pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata aplikasi dan amalan teori dasar penjagaan kesihatan semasa masyarakat orang asli telah gagal memberi manfaat kepada mereka yang dilihat terpinggir dan mudah terjejas.

"Kejadian seperti ini menunjukkan dengan jelas kepentingan untuk mengukuhkan keperluan agar tindakan lebih berkesan diambil supaya hak asasi masyarakat itu terus dilindungi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Serawan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan