Kes Rogol Remaja Perempuan Viral Di FB Tidak Benar - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 7:28 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang dekat sini Khamis lepas.

Sebaliknya, kes yang dikatakan rogol dan samun itu merupakan kes mangsa dicederakan oleh warga asing, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh.

Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan beberapa keping gambar seorang remaja didakwa telah dirogol dan dipukul oleh beberapa orang warga asing yang tersebar luas di laman sosial Facebook.

Abdul Samad yang mengesahkan kejadian berkata tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu sebaliknya suspek mencederakan mangsa.

Melalui satu kenyataan di sini, beliau berkata bapa mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada kira-kira pukul 10 malam itu telah memberitahu bahawa anaknya telah ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar.

Abdul Samad berkata mangsa yang sedang berjalan kaki pulang selepas selesai bekerja, tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek, seorang lelaki yang dipercayai warga asing.

"Mangsa cedera di belakang kepala, bibir selain bengkak pada bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak ke dalam longkang sedalam dua meter itu, telah dirawat di sebuah hospital swasta dan dibenarkan keluar pada pada Sabtu lalu," kata beliau.

Beliau berkata pihaknya kini giat memburu suspek yang terlibat serta menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.
Tags / Kata Kunci: viral FB , kes rogol , Abdul Samad Salleh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan