Hamidah Ikrar Terus Desak Najib Undur

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 7:31 PM

Hamidah Osman

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman tidak akan merayu terhadap pemecatannya daripada parti namun menuntut penjelasan berhubung tindakan yang dikenakan.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di sini, Jumaat, Hamidah berkata beliau adalah mangsa dan 'kambing hitam' kerana menjadi sasaran utama sedangkan terdapat pemimpin lain yang turut mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rela menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

"Tetapi mengapa saya seorang sahaja yang dipecat. Orang lain juga kritik Najib. Adakah kerana saya seorang wanita?" soal beliau.

"Najib bukan Umno. Kritik Najib tidak bermakna saya mengkritik parti. Saya tidak menentang parti," katanya.

Hamidah berkata beliau menerima surat tunjuk sebab pada 25 Mei lalu bagi memintanya untuk mempertahankan diri kerana didakwa menganjurkan program Bicara Negara di sini pada Mei.

Program Bicara Negara itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya sudah menjawab dakwaan itu dan menafikan bahawa saya adalah penganjur acara itu.

"Saya hanya hadir. Terdapat juga beberapa pemimpin parti yang lain yang datang," katanya.

Hamidah berkata beliau telah berjuang untuk parti itu selama hampir 33 tahun dan tidak akan menyertai parti lain.

"Dengan pemecatan ini, saya terpaksa berjuang dengan cara saya sendiri.

"Mereka boleh memadam nama saya daripada parti, tetapi mereka tidak boleh padam api dalam diri saya," katanya.

Beliau juga menegaskan untuk terus berusaha supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tags / Kata Kunci: Hamidah Osman , Najib Tun Razak , Umno

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan