Anwar Terima Layanan, Rawatan Secara Profesional

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan bahawa layanan dan rawatan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, adalah mematuhi batasan yang ditetapkan Akta dan Peraturan Penjara serta dilaksanakan secara profesional.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata setiap aspek pengurusan seseorang banduan adalah berasaskan ketetapan Akta Penjara 1995 dan juga Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

"Penempatan di sel klinik penjara, kemudahan-kemudahan yang diberi, termasuklah makanan tambahan adalah seperti mana syor yang dibuat oleh pegawai perubatan di atas kepentingan kesihatan Anwar," katanya.

Banduan-banduan lain yang disyorkan pindaan diet atau diet tambahan oleh pegawai perubatan akan diberikan makanan berkenaan seperti mana syor berkenaan, katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan Penjara tidak pernah mengabaikan keperluan pemeriksaan dan rawatan kesihatan untuk Anwar.

"Setiap keputusan dan pengesyoran yang dibuat oleh panel perubatan dipatuhi.

Ini termasuklah telah beberapa kali membawa Anwar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.

Katanya ini termasuklah pemeriksaan oleh pakar ortopedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya sepertimana yang dipohon oleh pihak Anwar sebelum ini.

"Seksyen 37 (1) Akta Penjara 1995 secara jelas menetapkan bahawa rawatan kesihatan untuk seseorang banduan adalah di hospital kerajaan dan menjadi tanggungjawab Jabatan Penjara untuk membawa seseorang banduan ke hospital kerajaan bagi tujuan rawatan lanjut," katanya.

Alwi menjelaskan berasaskan Peraturan 234, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, pegawai perubatan kerajaan yang memeriksa seseorang banduan boleh membuat pengesyoran lanjut untuk kepentingan kesihatan banduan terlibat.

"Berhubung dengan masalah bahu kanan Anwar sehingga kini Jabatan Penjara belum menerima sebarang keputusan daripada mana-mana pihak berkaitan bentuk rawatan atau pembedahan atau pakar yang dipilih untuk melaksanakan," katanya.

Alwi juga memaklumkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang sama juga akan diguna untuk kemudahan rawatan termasuklah rawatan pakar untuk mana-mana banduan lain.

Mahkamah Persekutuan pada Februari lepas memutuskan Anwar meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008 dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap ahli politik itu oleh Mahkamah Rayuan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan