14 Set Tren Baharu Laluan LRT Kelana Jaya

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat belas set tren baharu akan digunakan untuk Laluan LRT Kelana Jaya apabila ia siap pada Jun 2016.

Set tren Innovia biru itu dipasang di Kanada dan dihantar ke negara ini pada 18 Oktober dari Konsortium Bombardier-Hartasuma.

"Kami sekarang tunggu ketibaannya minggu depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Prasarana Khairani Mohamed dalam kenyataan pada Khamis.

Prasarana yang mengendalikan perkhidmatan RapidKL tidak memaklumkan kapasiti yang boleh dimuatkan dalam tren Innovia.

Set tren baharu itu dilengkapi dengan peta laluan yang dinamik dan pintu dipasang untuk tahap bunyi yang lebih baik.

Menurut Khairani, tren itu akan dihantar ke kilang Bombardier di West Port Pelabuhan Klang untuk kerja-kerja dalaman dan diuji.

"Tren itu akan dibawa ke depoh Prasarana di Subang untuk diuji," katanya.

Katanya, 13 lagi set tren akan dihantar untuk diuji dengan set kedua akan tiba pada awal Disember, manakala selebihnya akan tiba secara berperingkat pada 2016 nanti.

Penambahan laluan Kelana Jaya dengan 12 stesen dari Kelana Jaya berhenti di Putra Heights dengan menghubungkan laluan Ampang.

Fasa pertama Laluan Ampang akan bermula pada 31 Oktober dengan empat stesen baru dibuka kepada orang ramai. Tujuh stesen yang lain akan dibuka pada 31 Mac depan.

Tags / Kata Kunci: LRT Kelana Jaya , RapidKL , Prasarana

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan