Perintah Berkurung ESSZone Dilanjutkan Sehingga 11 Disember 2015

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung Fasa 31, yang berakhir pukul 5 pagi Khamis di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),dilanjutkan sehingga 11 Disember mulai hari ini bermula 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah berkurung meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak,Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan penghuni daratan di ESSZone.

"(Perintah Berkurung ini dilanjutkan) bagi memudahkan penguatkuasaan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan yang menguatkuasakan perintah berkurung ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya perintah berkurung berkenaan juga perlu dilanjutkan bagi melindungi perairan Sabah daripada dicerobohi pihak pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik dan pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan yang terletak di kawasan ESSZone.

Menurut Jalaluddin, maklumat yang diterima mendedahkan bahawa kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang menjalankan aktiviti menculik untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Sabah untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

Jalaluddin berkata kuasa-kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah yang terletak dalam kawasan ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon untuk tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan