PRU-13 Catat Hampir 6,000 Pengundi Lebih 100 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 6,000 pengundi berusia lebih 100 tahun telah berdaftar untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai statistik bilangan mereka yang telah keluar mengundi.

“Bilangan pengundi berdaftar yang berumur lebih 100 tahun pada PRU-13 yang lalu adalah seramai 5,877 orang.

“Namun begitu SPR tidak mempunyai statistik bilangan pengundi berdaftar yang berumur lebih dari 100 tahun serta mengikut pecahan kaum yang telah mengundi pada pilihan raya tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), Rabu.

Noh bertanya tentang bilangan pengundi berdaftar yang berumur lebih dari 100 tahun yang telah keluar mengundi pada PRU-13 mengikut pecahan kaum.

PRU-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013 lalu dan menyaksikan Barisan Nasional berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai penyandang apabila mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Kerusi yang selebihnya jatuh kepada gabungan Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 89 kerusi.


Tags / Kata Kunci: PRU-13 , Azalina Othman Said , SPR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan