Adik Mendiang Kevin Morais Perlu Bantu PDRM, Jangan Sembunyi Maklumat - KPN

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 1:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adik mendiang Anthony Kevin Morais perlu tampil membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan abangnya atau berdepan tindakan kerana menyembunyikan maklumat.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM akan memanggil  Charles Suresh Morais berhubung satu laporan bahawa beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya itu.

"Tindakannya tidak mendedahkan maklumat boleh dianggap satu kesalahan kerana menyembunyikan maklumat. Jika dia (Charles Suresh) benar memiliki maklumat berkenaan, ia seharusnya diserahkan kepada PDRM untuk membantu siasatan.

"Saya cadangkan dia berkongsi maklumat dengan polis supaya tindakan dapat diambil. Polis tidak boleh bertindak jika tidak mempunyai maklumat mengenai mendiang Kevin," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu malam.  

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita tempatan pada Rabu bahawa maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB dan kini berada di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September lepas, dan sebelum itu Morais dilaporkan hilang pada 4 September lepas.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan