Nurul Izzah Sedia Beri Penjelasan Kepada Jawatankuasa Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 9:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar  menyatakan kesediaan beliau untuk memberi penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. 

"Saya ada hak yang termaktub dalam Parlimen...Insyallah saya akan teruskan dengan memastikan ada sesi penerangan dan penjelasan seperti yang dipinta pada awalnya oleh Datuk Seri Azalina," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Khamis.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyarankan supaya Nurul Izzah menggunakan platform jawatankuasa itu untuk membela diri berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah pada 2013. 

Dalam pada itu, Nurul Izzah berkata beliau akan memberikan keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel kepada pihak polis pukul 4 petang Jumaat, dan akan membuat kenyataan mengenai perkara itu dan usul larangan beliau memasuki Sabah selepas itu. 

"Esok saya akan pergi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan berikan komen terus...di situlah saya akan keluarkan kenyataan (tentang usul Dewan Undangan Negeri Sabah) bersama peguam saya," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis meluluskan usul untuk melarang Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR Tian Chua masuk ke negeri itu berikutan pertemuan kontroversi dengan Jacel. 

Jacel telah memuat naik empat keping gambar pada 9 November lepas dalam akaun Facebook beliau yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah dan ia mendapat reaksi kurang senang dari pelbagai pihak di negara ini. 

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata keputusan DUN Sabah untuk tidak membenarkan Nurul Izzah dan Tian Chua untuk masuk ke negeri itu adalah sangat tepat. 

"Jangan marah kerajaan negeri Sabah bila membuat satu keputusan untuk tidak membenarkan mereka masuk ke Sabah kerana apa mereka buat itu betul-betu lmengguris (hati) rakyat Sabah," katanya.

Abdul Rahman turut menempelak kedua-dua pemimpin PKR itu yang memberi alasan tidak mengenali siapa individu bernama Jacel.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , Jawatankuasa Parlimen

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan