Industri Buku Tempatan Jangan Jadi Juara Kampung - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri buku tempatan digesa lebih agresif bersaing dalam menerbitkan buku intelektual di peringkat antarabangsa, bukan sekadar menjadi juara kampung.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia masih ketinggalan dalam menerbitkan buku ilmiah berbanding negara lain di peringkat dunia.

"Mengikut standard Unesco, penerbitan buku mestilah pada kadar satu peratus untuk setiap sejuta penduduk iaitu 1,000 buku. Tetapi di Malaysia, cuma 15,000 buku untuk 27 juta penduduk Malaysia.

"Jadi penerbitan buku di negara ini sangat kurang. Kebolehmampuan untuk membeli buku kini bukan ditahap yang sepatutnya. Harus tanya pada para sarjana, adakah buku yang diterbitkan mempunyai kualiti tinggi, mengikut citarasa pembaca dan boleh diterjemah diperingkat antarabangsa?

"Janganlah jadi juara kampung, jangan jadi jumud, duduk dalam kepompong lama. Nilai kebolehpasaran perlu ada dalam setiap buku yang diterbitkan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Buku Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Hassan Hamzah.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mencabar setiap penulis dan sarjana buku di negara ini supaya mula menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah buku setiap tahun.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kebolehpasaran sesuatu karya atau buku memerlukan kualiti isi kandungan yang menerapkan nilai intelektual, mendapat sokongan dan dokongan masyarakat, selain suntikan kewangan dari kerajaan.

Kata Ahmad Zahid tiga perkara ini penting untuk mewujudkan kesinambungan antara penulis, penerbit dan kerajaan, selain merungkai permintaan dan penawaran yang kerapkali berubah serta tidak stabil.

Selain itu katanya, pemain industri buku juga perlu menggunakan kecanggihan teknologi seperti e-Book untuk kekal relevan dalam pasaran serta memasarkan bahan sedia ada seperti jurnal, buku, ilmiah, nilai-nilai masyarakat dan buku kajian ilmiah.

"Kita perlu bercita-cita besar dan kekal relevan kerana pada 2027 genap 100 tahun kita merdeka. Kita mesti sediakan tokoh-tokoh penulis dan penerbit diperingkat antarabangsa. Kita harus sediakan prasarana supaya kita tidak ketinggalan," katanya.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan