“Ikut Prosedur, Lapor Polis” - Kata Nur Jazlan Kepada Charles Morais

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais perlu membuat laporan polis jika mempunyai maklumat berkaitan pembunuhan abangnya.

Nur Jazlan berkata, selagi laporan polis tidak dibuat, polis tidak dapat meneruskan siasatan dan akan menganggap pendedahan dan dakwaan Charles Suresh Morais sebagai tuduhan liar.

“Prosedurnya ialah buat laporan polis. Polis tak akan siasat berdasarkan khabar angin, polis tak bertindak terhadap tuduhan awam seperti ini.

“Dia tak sepatutnya buat tuduhan melainkan dia ada bukti sokongan beserta laporan rasmi polis, barulah kita mula siasat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai itu berkata, sehingga kini polis masih menunggu laporan polis oleh Charles.

Mengenai kemungkinan Charles yang memilih untuk mendedahkan kepada media berbanding membuat laporan polis kerana ragu-ragu dengan polis, Nur Jazlan berkata: “Dia boleh dedahkannya kepada media tapi tanpa laporan polis kita tak akan mulakan siasatan, kita anggap tohmahan.”

Pada Rabu, Charles pada sidang media mendakwa memiliki pemacu pena (pen drive) yang mengandungi maklumat terkini berhubung kes yang  dikendalikan mendiang dan boleh disabitkan dengan kematiannya.

Beliau mendakwa, kandungan pemacu pena jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan siasatan yang mengaitkannya dengan personaliti tertentu.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September lepas, dan sebelum itu Morais dilaporkan hilang pada 4 September lepas.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerja di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.



iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan