Ubah Suai Bangunan Di Washington Tidak Sesuai - Wisma Putra

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 8:28 AM

Dua bangunan yang menempatkan Pejabat Perwakilan Malaysia di Washington yang dibaik pulih bernilai RM14.17 juta terbiar kosong selepas berpindah ke Bangunan Canseri yang diduduki sekarang, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3, Isnin. –foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menjelaskan kementerian itu telah mengubah suai dua bangunan di Washington DC untuk dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan tetapi kemudian ia dianggap tidak sesuai bagi tujuan tersebut.

Mengulas laporan media tempatan mengenai bangunan di Washington DC yang dibiar kosong selepas proses pengubahsuaian berharga RM14 juta, kementerian itu berkata ia berikutan peraturan baharu yang dikenakan pihak berkuasa tempatan wilayah Columbia.

"Bagi memastikan imej positif Kedutaan Malaysia, kementerian melakukan pengubahsuaian di kedua-dua bangunan, Annex 1 dan Annex 2, pada 2010 untuk dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan.

"Bangunan itu terletak di kawasan perumahan dan dianggap tidak sesuai dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan," kata kementerian dalam kenyataan, Selasa.

Kenyataan itu juga menambah hartanah itu masih diselenggara dengan baik selaras dengan peraturan tempatan yang memerlukan pemilik bangunan kosong memastikan beberapa penyelenggaraan asas termasuk sampah, sistem perparitan, balkoni dan cerobong.

Menurut kementerian, selepas proses panjang mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan, kedua-dua bangunan itu kini diubah suai menjadi unit rumah petugas tempatan selaras dengan undang-undang zon Columbia bagi memulihara nilai warisan bangunan.

"Pengubahsuaian dua bangunan berkenaan yang dilaksanakan mengikut jadual akan siap pada pertengahan 2016. Ketika proses ubah suai itu, ia tidak boleh didiami kerana melanggar peraturan bangunan tempatan termasuk kesihatan dan keselamatan," tambah kenyataan itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan