Sah Tiada 'Salad Gunting' Dihidang Di Parlimen, Hanya Salad Biasa

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 11:15 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berhubung satu posting lucu di Facebook, Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengesahkan bahawa tiada alat tulis dihidangkan sebagai pembuka selera untuk pegawai-pegawai di Parlimen dalam satu majlis makan malam.


Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan badan perundangan negara telah menikmati 'Caesar salad' dengan selamat, bukannya 'salad gunting'.

"Satu gambar telah tersebar luas di media sosial di mana 'scissors salad' telah dihidangkan semasa acara makan malam di Parlimen. Saya telah menghadiri majlis itu dan boleh mengesahkan bahawa tidak ada gunting dihidangkan dalam salad, hanya 'Caesar salad' biasa," jelas Datuk Ronald Kiandee, Rabu.

"Walaupun ini adalah satu kesilapan yang lucu oleh katerer, tetapi sebagai sebuah institusi yang penting, kakitangan Parlimen perlu lebih berhati-hati supaya tidak lagi berlaku sebarang kesilapan. Hmm...salad gunting!" katanya.

Gambar menu majlis makan malam di Parlimen telah tersebar di Whatsapp dan media sosial lain minggu ini.

Makan malam itu adalah di antara pegawai Parlimen dan Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan