PAC Bentang Laporan 1MDB Di Parlimen Mac Depan

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Tadbir Urus Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun depan. 

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata jawatankuasa itu telah mendengar keterangan daripada bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan akan memanggil beberapa orang lagi termasuk Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda untuk memberi keterangan.

"Siasatan terhadap 1MDB perlu menyeluruh dengan memanggil semua saksi bagi memastikan laporan jawatankuasa adalah telus, menyeluruh serta adil," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung prosiding keempat Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB di Parlimen, Rabu. 

Hari ini, PAC mendengar keterangan Shahrol Azral mengenai kawalan tadbir urus 1MDB bermula daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) 2009 sehingga kepada penubuhan 1MDB secara rasmi pada September 2009.

"PAC juga mendengar keterangan Shahrol Azral berhubung penubuhan syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi," katanya.

Bagaimanapun, katanya Shahrol Azral perlu memberi keterangan semula dihadapan PAC pada Isnin depan berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula.

"Ini perlu dilakukan sebelum PAC memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda untuk memberi keterangan pada Selasa depan," kata Hasan.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Dr Mohd Isa Mohd Hussain yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar dan Ketua Perundangan 1MDB Ivan Chen.

PAC juga akan memanggil bekas CEO 1MDB dari April 2013 hingga Disember 2014, Hazeem Abdul Rahman pada 14 Disember depan; bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB TanSri Mohd Bakke Salleh serta bekas Ahli Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Azlan Zainol pada 15 Disember dan Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Prosiding pertama membabitkan syarikat itu telah diadakan pada 19 Mei lepas manakala prosiding kedua pada 10 Jun dan ketiga pada 17 Jun lepas.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , PAC

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan