Tiada Siapa Boleh Diamkan Saya - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 11:17 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada siapa boleh mendiamkannya dan beliau akan terus bercakap mengenai hak biarpun tidak dibenar untuk menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno dalam perhimpunan agung parti itu bulan depan.

"Nampaknya saya tidak lagi dibenarkan untuk membuat ucapan pada mesyuarat itu nanti yang amat penting bagi saya sebagai timbalan presiden," kata Muhyiddin di laman Facebook miliknya pada Rabu.

Muhyiddin berkata, ucapan itu penting kepadanya kerana ia menggambarkan harapan dan visi beliau untuk parti supaya ia terus kukuh ketika berdepan dengan cabaran masa kini.

"Bagi tempoh enam tahun yang lalu sebagai Timbalan Presiden Umno, saya telah memberikan amanat kepada perwakilan  Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang datang dari segenap  negara ini," kata Muhyiddin.

Katanya, tradisi yang diamalkan selama ini telah dinafikan, apatah lagi perhimpunan agung kali ini merupakan detik terpenting kepada parti.

Muhyiddin berkata, beliau menghormati keputusan Majlis Tertinggi, namun menegaskan akan terus berbicara tentang hak.

"Saya akan terus bercakap tentang hak-hak saya. Perjuangan saya dalam Umno bukan untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk mempertahankan agama saya, bangsa dan negara yang saya cintai," kata Muhyiddin.

Pada  Selasa, Majlis Tertinggi Umno memutuskan pada mesyuarat itu supaya perasmian mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri parti dirasmikan oleh ketua masing-masing.

Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi membuat keputusan itu selepas menimbangkan cadangan daripada ketua ketiga-tiga sayap.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan