Keputusan PAU Tertutup Belum Dibawa Ke MT - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan mengadakan Perhimpunan Agung Umno (PAU) secara tertutup tanpa liputan terbuka kepada media, belum dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu di luar pengetahuannya, dan beliau akan bertanya mengenainya kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Beliau (Tengku Adnan) belum bawa lagi perkara itu ke Mesyuarat MT...itu diluar makluman kami..saya akan tanya beliau," katanya dalam sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada Pemimpin Muda di bawah Kesateria Muda Keselamatan di sini, Rabu.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Datuk Kamariah Mohd Din. 

Beliau diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan pada Selasa bahawa Umno memutuskan supaya perhimpunan parti itu, yang akan berlangsung bulan depan, diadakan secara tertutup tanpa liputan media bagi mengelak isu yang dibincangkan diputarbelitkan pihak tertentu.

Semasa ditanya mengenai keputusan MT Umno pada Selasa,  berhubung perasmian mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri parti dirasmikan ketua masing-masing, Ahmad Zahid berkata anggota MT hanya menghormati permintaan ketua sayap berkenaan. 

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa sayap parti memohon kepada MT supaya perasmian mesyuarat dilakukan ketua masing-masing.

"Perasmian ini tidak menjadi perkara yang tertulis dalam Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan Umno...ia hanya satu konvensyen. Jadi, untuk tahun ini kita minta perasmian dibuat oleh ketua-ketua sayap," katanya.

Beliau turut menegaskan tidak timbul isu menyekat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada berucap dalam perasmian sayap.

"Tiada niat untuk senyapkan sesiapa. Cuma untuk tahun ini, kita rasa sesuai jika perasmian sayap dilaksanakan oleh ketua masing-masing," jelas beliau.

Tags / Kata Kunci: PAU , Perhimpunan Agung Umno , Tertutup

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan