Johor Giat Promosi Taman Laut Sultan Iskandar

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 2:06 PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meletakkan replika Mahkota di atas jata Negeri Johor di dasar laut berdekatan Pulau Mensirip, Mersing sebagai simbolik ketika merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA:Kerajaan Johor giat mempromosikan Taman Laut Sultan Iskandar di Mersing sebagai destinasi aktiviti menyelam bagi menarik pelancong, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata Taman Laut Sultan Iskandar yang merangkumi pulau-pulau di perairan Mersing bukan sahaja indah malah kaya dengan pelbagai kehidupan marin yang unik.

"Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) sedang mengumpul data berkenaan habitat dan hidupan marin yang terdapat di Taman Laut Sultan Iskandar untuk diterbitkan di dalam risalah atau cakera padat serta di dalam portal perbadanan itu.

"Selain itu, PTNJ juga sedang berusaha mengenal pasti lokasi-lokasi baharu bagi aktiviti menyelam bagi menarik pelancong," katanya menjawab soalan A.Aziz Ismail (BN-Senggarang) yang ingin tahu inisiatif kerajaan Johor dalam mempromosikan kepulauan sekitar Mersing.

Beliau berkata antara promosi lain yang sedang dilaksanakan termasuk penyebaran maklumat menerusi pameran pelancongan di dalam dan luar negara serta menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat produksi luar negara bagi membuat penggambaran di beberapa lokasi menarik di Taman Laut Sultan Iskandar.

Dalam pada itu, Tee berkata kerajaan negeri turut mengenal pasti beberapa kawasan tarikan di Mersing yang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai tarikan sokongan kepada tarikan kepulauan.

"Tarikan itu merangkumi pantai Tanjung Leman, pantai dan inap desa Air Papan, pantai Teluk Buih, pantai Teluk Gorek, pantai Penyabong serta Hutan Rekreasi Gunung Arong," katanya.

Katanya Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) juga telah melibatkan Mersing sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang bagi melihat pembangunan sektor ekopelancongan termasuk menaik taraf kemudahan asas pelancongan seperti jeti bagi merancakkan aktiviti pelancongan di daerah tersebut.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan