Jakim Perlu Fokus Miskin Bandar, Raja-Raja Melayu Tangani Isu agama

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 11:24 AM

Tawfik Ismail

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli G25 dan bekas ahli Parlimen BN Tawfik Ismail mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digunakan semula untuk menangani kemiskinan umat Islam di kawasan bandar, manakala Raja-Raja Melayu menangani isu-isu agama.

Tawfik, anak kepada Timbalan Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Dr Ismail Abdul Rahman mengekalkan pendiriannya terhadap Jakim walaupun beliau dilaporkan disiasat kerana menghasut.


"RM1 bilion setahun boleh dimanfaatkan dengan baik bagi mengatasi masalah belia Islam dan mencegah mereka daripada menjadi mat rempit dan direkrut bagi mencetuskan masalah di dalam dan luar negara dan memberi lebih kehormatan terhadap hidup mereka.

"Biarlah Raja-Raja Melayu dan majlis agama dan penasihat mereka menangani isu-isu agama di negeri masing-masing, kerana mereka berhak melakukannya mengikut Perlembagaan sebagai ketua-ketua agama," katanya.

Menegaskan bahawa pendapat beliau adalah peribadi dan tidak dikongsi oleh G25, Tawfik juga mencadangkan perubahan fokus terhadap menteri sedia ada, timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama dan Ketua Pengarah Jakim untuk memberi tumpuan kepada pembangunan semula bandar di kalangan umat Islam.

Beliau mempersoalkan kerelevanan Jakim dan capaiannya dalam kehidupan umat Islam dan bukan Islam di negara ini, sambil menambah Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama negara, dan kedudukannya hanya boleh terancam apabila hak Raja-Raja Melayu diganggu gugat.

"Apakah undang-undang dari langit atau sekular yang memberikan Jakim kuasa bagi mendakwa Islam versi mereka merupakan satu-satunya versi Islam yang Muslim perlu amalkan sewaktu Malaysia mengiktiraf Amman Message yang menerima 8 mazhab Islam lain sebagai sah?

"Jakim dan penyokongnya perlu menjawab kepada orang ramai, terutama umat Islam, mengapa ia merampas kuasa Sultan dalam hal agama.

"Kita sedar bahawa percubaan untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu telah berlaku sejak tahun 1993 dan kewujudan Jakim adalah satu peringatan bahawa perjuangan itu berterusan sehingga hari ini," katanya.

Beliau menggesa rakyat Malaysia terutama orang Melayu, membuat pendirian dan berjuang untuk memelihara sejarah, budaya dan bahasa.

Tags / Kata Kunci: Jakim , Tawfik Ismail

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan