Bank Tolak Permohonan Pinjaman Pembeli Rumah Pertama Yang Layak

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 10:26 AM

Datuk Abdul Latiff Bandi

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Banyak permohonan pinjaman pembeli rumah pertama telah ditolak oleh bank walaupun dari segi kewangan, mereka layak untuk membeli rumah mampu milik di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi.

Beliau berkata pihak berkuasa negeri telah mendapat aduan daripada pembeli yang permohonan mereka telah ditolak.

"Kami komited menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Johor, jadi kami akan mengambil langkah-langkah untuk membantu mereka dalam memiliki hartanah," kata Abdul Latiff ketika menjawab soalan Puan Sri Azizah Zakaria (BN-Parit Raja), Datuk Dr Adham Baba (BN- Pasir Raja) dan Datuk Syed Sis Syed A. Rahman (BN-Tanjung Surat).

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan AmBank Islamic Bhd untuk menyediakan pinjaman bank untuk pembeli rumah pertama yang layak.

Di bawah Skim Kewangan Perumahan Mampu Milik Johor, beliau berkata bank itu akan memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk pembeli kali pertama.

Skim ini akan bermula pada akhir Januari tahun depan.

Abdul Latiff berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang memohon rumah mampu milik Johor yang berharga RM42,000 dan RM80,000 setiap satu.

Beliau berkata, peruntukan kewangan sebanyak RM200 juta untuk deposit perumahan rumah pertama di bawah Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga akan memberi manfaat kepada pembeli rumah kali pertama di negeri ini.

"Langkah itu secara tidak langsung akan membantu kira-kira 42,000 pembeli pertama rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Johor menjelang 2018," kata Abdul Latiff.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan