PAU 2015: Buat Pertama Kali Persidangan Sayap Dirasmi Ketua Masing-Masing

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 8:29 PM

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Bangunan Parlimen, Selasa. Hadir sama Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perasmian persidangan sayap-sayap Umno pada perhimpunan agung tahun ini tidak akan dilakukan oleh timbalan presiden seperti kebiasaannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, majlis perasmian sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno pada tahun ini akan dilakukan oleh ketua-ketua sayap.

"Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.

"Keputusan ini dibuat atas cadangan ketua sayap masing-masing dan itu atas kehendak mereka dan MT Umno menghormatinya," katanya pada sidang media ringkas selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di bangunan sementara Parlimen, petang Selasa.

Najib yang juga presiden Umno berkata, mesyuarat MT Umno turut membincangkan tentang persiapan Persidangan Agung Umno (PAU) yang akan berlangsung dari 8 hingga 12 Disember ini.

"Kita mahu PAU kali ini berjalan dengan baik dan dalam suasana positif," katanya.

Mengenai mesyuarat kali ini yang diadakan di bangunan Parlimen, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

"Kita adakan di perkarangan pejabat Parlimen sebab kita perlu dekat dengan Dewan Parlimen jika ada undi belah bagi.

"Pembangkang juga sering adakan mesyuarat mereka di pejabat Parlimen," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAU 2015

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan