Henti Bunuh Anjing Liar

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 7:41 AM

TIGA daripada 100 peserta demontrasi bantahan membunuh anjing liar berlutut dan menyembah di tengah jalan setiap sembilan langkah semasa berarak sejauh lima kilometer untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lebih 100 pencinta haiwan berarak dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke Komtar, meminta kerajaan negeri berhenti membunuh anjing liar.

Semasa berarak, kesemua pencinta haiwan itu berteriak 'Hentikan membunuh, mulakan pemandulan'.

Matlamat utama mereka adalah untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan  Pulau Pinang dan memberi kesedaran terhadap tindakan membunuh anjing liar oleh MBPP.

Motif utama perhimpunan tersebut adalah menamatkan perbuatan kejam membunuh anjing dan kucing liar oleh kakitangan MBPP dan memberi peluang kepada orang ramai untuk memelihara haiwan-haiwan yang ditangkap itu.

Wakil perhimpunan aman itu, Narashini Vannamalai berkata mereka tidak menentang tindakan kerajaan negeri atau mana-mana parti politik, namun memberi hak kepada haiwan-haiwan terbiar itu untuk terus hidup dan mendapat penjagaan yang baik.

Beliau mendakwa perbuatan membunuh itu tidak dihentikan selepas wabak anjing gila dapat dibendung di Pulau Pinang sejak September lepas.

Kelly Khor Hooi Ling, 49, berkata beliau pernah melihat kakitangan MBPP menangkap anjing liar di Paya Terubong semasa tengah malam.

Perhimpunan itu dirancang beberapa minggu lepas dalam Facebook dan peserta terdiri daripada aktivis pencinta haiwan.

Tags / Kata Kunci: Anjing Liar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan