Gabungan PAS-Umno Hanya Gosip Ciptaan DAP

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sayap Pemuda PAS menempelak Lim Guan Eng berhubung dakwaan berpanjangan Setiausaha Agung DAP itu kononnya PAS dan Umno akan bergabung.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, DAP sengaja menggunakan isu berkenaan sebagai senjata untuk 'menyerang' parti Islam itu yang kini bergerak sendirian.

"Hampir tujuh tahun berlalu, gosip PAS bergabung dengan Umno dimainkan. Namun PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan Guan Eng.

Khiaril Nizam Khirudin

"Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan Umno berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka.

"PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara sekarang telah menemui kegagalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu menurut Khairil Nizam, serangan tanpa henti DAP terhadap PAS juga didorong oleh dendam dalam isu pemilihan menteri besar Selangor.

"Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan kerajaan Perak yang digulingkan dan menyokong dasar-dasar positif kerajaan Pulau Pinang.

"Namun semua itu mereka padamkan daripada sejarah hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon menteri besar Selangor pilihan DAP dan PKR," katanya.

Dalam pada itu Khairil Nizam turut mencabar DAP supaya bersemuka dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disuarakan oleh segelintir pemimpin parti berkenaan.

"Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu menteri besar Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada Umno dan BN.

"DAP jelas tiada isu nak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan Umno," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan