Brazil Hasrat Wujud Hubungan Parlimen Dengan Malaysia - Berita Semasa | mStar

Brazil Hasrat Wujud Hubungan Parlimen Dengan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Brazil berhasrat untuk mewujudkan hubungan dua hala yang kukuh melibatkan Parlimen kedua-dua negara, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata Brazil juga ingin mempelajari kejayaan Malaysia yang berupaya mengamalkan polisi kesederhanaan serta toleransi dalam menjaga keamanan negara.

Abu Zahar berkata perkara itu dibangkitkan sewaktu menerima kunjungan hormat Duta Besar Brazil ke Malaysia Carlos Martins Ceglia selama hampir dua jam di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

"Beliau menyatakan bahawa beliau kagum dengan pemerintahan kerajaan kita yang amat baik sekali, bukan senang nak satukan semua kaum dalam satu negara," katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Katanya Brazil turut berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai rakan dagangan bagi menembusi pasaran Asean Kelak.

"Beliau juga kagum terhadap Malaysia selaku tuan rumah kerana berjaya menguruskan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang berlangsung pada minggu lepas dengan begitu baik sekali," katanya.

Tags / Kata Kunci: Brazil , Parlimen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan