Amanah Bidas Jakim Tak Serius Bendung Isu Ekstremisme

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi dibidas, kali ini kerana didakwa tidak serius dalam membendung penularan fahaman ekstremisme di negara ini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Jakim perlu sedar bahawa ideologi ekstremisme bukan retorik dalam masyarakat hari ini sebaliknya wujud dengan jelas khususnya dalam masyarakat Muslim.

"Saya amat sedih dengan Jakim yang mendabik dada, kata mereka sebuah jawatankuasa untuk kemajuan dan kefahaman Islam di Malaysia tapi hingga hari ini  tak ada apa-apa usaha untuk menanganinya (fahaman ekstremisme) secara berkesan.

"Walaupun dia jawab di Parlimen kita amal wasatiah…ikut pegangan ahli sunah, tapi isu ini bukan retorik…ia berlaku dengan jelas dalam masyarakat khususnya dalam masyarakat Muslim," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata Jakim tidak patut melihat tindakan seperti serangan terhadap pemimpin secara berdepan atau di media sosial, ugutan, ancaman, menjatuhkan hukuman atau melabelkan seseorang pemimpin sebagai isu politik.

Ini kerana, tanpa disedari ideologi dan serangan yang dianggap kecil itu lama-kelamaan mampu membawa kepada tindakan keganasan.

"Keganasan tak lahir melainkan ada ideologi yang menolaknya.

"Saya harap Jakim jangan anggap ini sebagai isu politik, ia seharusnya merentasi kepentingan politik jadi kita boleh membendung gejala ekstremise yang menjadi virus dan berkemungkinan besar akan menjadi satu tindakan keganasan jika kita tidak mengawalnya," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata kes-kes ‘pra-keganasan’ berlaku hampir setiap hari sambil mengakui para pemimpin Amanah juga menjadi mangsa.

Beliau mendakwa kebanyakan kes ini telah dikenal pasti dibuat oleh pengikut dan penyokong PAS yang didakwa mempunyai fahaman bahawa seseorang yang memilih wadah politik lain selain PAS sebagai pengkhianat.

Dalam hal ini, beliau mendakwa pemimpin harus sensitif terhadap kes yang melibatkan pengikutnya dan tidak hanya berdiam diri apabila mengetahui tentang sesuatu kes.

"Tapi bagi saya bukan siapa yang jadi mangsa, hari ini mungkin pemimpin Amanah, esok mungkin orang lain.

"Yang penting adalah membendung kepercayan mereka bahawa orang lain tak betul, tentang org lain tak patut dihormati," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amanah , PAS , Jakim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan