Setiausaha Agung PBB Gesa Pemimpin Asea Sokong SDG

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 12:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon telah meminta pemimpin ASEAN supaya memainkan peranan utama dalam menyokong agenda global pembangunan lestari yang diterajui oleh badan dunia itu.

Berucap pada pemimpin Asia pada Sidang Kemuncak ASEAN-PBB Ketujuh di sini hari ini, Ban berkata PBB dan rakannya termasuk ASEAN perlu bekerjasama ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), antara lain menghapuskan kemiskinan menjelang 2030.

Beliau berkata bidang kerjasama lain yang boleh dimulakan oleh PBB dan ASEAN adalah perubahan iklim dan hak asasi manusia.

Pada Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari PBB pada 25 Sept, 2015, lebih 150 pemimpin dunia meluluskan rancangan baharu Agenda Pembangunan Lestari 2030 termasuk SDG.

Sebanyak 17 SDG baharu, yang juga dikenali sebagai Matlamat Global, bertujuan menghapuskan kemiskinan, kebuluran, kelaparan dan ketidaksamaan, mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dan alam sekitar, meningkatkan akses kepada kesihatan dan pendidikan, membina institusi yang kukuh dan rakan perkongsian serta banyak lagi.

Ban berkata Visi Komuniti ASEAN 2025 yang diumumkan hari ini oleh blok serantau itu perlu dijalankan seiring dengan SDG dengan tujuan untuk mengubah kehidupan berjuta-juta orang yang kurang bernasib baik.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan antara ASEAN dan PBB telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun yang lepas dan telah menyumbang ke arah integrasi dan proses membina komuniti.

"2015 merupakan tahun yang penting bagi kedua-dua ASEAN dan PBB. Pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai ASEAN 2025: 'Maju Bersama' dan penerimaan pakai Agenda Pembangunan Lestari 2030 membuktikan tanggungjawab dan keinginan bersama untuk menyediakan masa depan yang lebih baik dan cerah untuk rakyat kita," katanya.

Beliau berkata ASEAN memandang ke hadapan untuk meningkatkan lagi hubungan dengan PBB melalui kerjasama pelbagai program dan aktiviti dalam bidang kepentingan bersama.

"Kami yakin PBB akan terus menjadi rakan kongsi ASEAN yang penting ketika memulakan perjalanan untuk merealisasikan Visi Komuniti ASEAN 2025," kata Najib.

Pemimpin 10 negara-negara Asia Tenggara hari ini menandatangani perisytiharan bersejarah mengenai pembentukan Komuniti ASEAN pada 31 Dis 2015 yang melibatkan integrasi rantau ini yang diduduki lebih 600 juta orang.

Visi 2025 merupakan sebahagian daripada ASEAN 2025: Maju Bersama, sebuah dokumen yang melakarkan hala tutu ke arah pembinaan komuniti dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Tags / Kata Kunci: Ban Ki-moon

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan