Rafidah Puji Pembentukan Komuniti Asean

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 1:27 PM

Tan Sri Rafidah Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya melancarkan Komuniti Asean.

"Tahniah kepada kerajaan kita untuk majlis yang bersejarah ini! Sekarang bermulalah tugas untuk memastikan Asean terus berkembang menjadi entiti serantau yang kukuh, berdaya tahan dan berdaya saing, mampu mengoptimumkan kepelbagaian dan kekuatan lebih daripada 600 juta orang, untuk menjadi bukan sahaja pangkalan pengeluaran yang sangat kompetitif, tetapi juga, pada masa yang sama, pasaran yang dinamik," kata bekas menteri ini di laman Facebooknya, Isnin.


Beliau juga menekankan kepentingan meluaskan jangkauan masyarakat Asean dan membawa pemahaman mengenainya ke peringkat akar umbi.

"Inisiatif Asean adalah mengenai faedah yang boleh dicapai oleh banyak sektor dan peringkat penduduk Asean. Dengan itu mereka dapat merasakan 'rasa Asean' daripada apa yang telah dilakukan untuk mereka," katanya.

"Terdapat keperluan untuk menempa identiti dan jenama Asean yang sinonim dengan kecekapan, daya saing, diterima secara global serta tadbir urus politik, ekonomi dan sosial yang baik dan dihormati," katanya.

Menegaskan bahawa masih ramai yang belum memahami tentang Asean sebagai topik yang hangat diperkatakan, beliau berkata pelbagai pihak berkepentingan mesti berusaha untuk meningkatkan jangkauan rakyat Asean.

"Bekerjasama sebagai satu komuniti akan memberikan Asean dorongan untuk bergerak ke hadapan dengan jayanya, dalam persekitaran sosial, ekonomi dan politik global yang berterusan mencabar. Itulah cara Asean," tulisnya.

Pada Ahad, pemimpin Asean menandatangani dokumen untuk melancarkan Komuniti Asean dalam satu majlis ringkas, di Kuala Lumpur.

Semua 10 pemimpin bergilir-gilir untuk menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penubuhan Komuniti Asean pada Ahad, yang pertama kali ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi Asean.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan