Malaysia Beri Sambutan Rasmi Kepada PM India

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 12:11 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di Bangunan Perdana Putra, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri India Narendra Modi yang berada di sini untuk lawatan rasmi pertamanya sejak memegang jawatan itu pada 2014, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, di sini, Isnin.

Modi, tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa tiba di Bangunan Perdana Putra pada pukul 9.40 pagi.

Sejurus itu, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Modi kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Modi dan Najib kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata untuk mengkaji hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara serta mengenal pasti potensi bidang Perkongsian Strategik antara kedua-dua negara yang diwujudkan sejak Oktober 2010.

Malaysia dan India menikmati hubungan mesra dan meluas meliputi sejarah, budaya dan ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Sebagai simbolik persabahatan antara India dan Malaysia, kedua-dua Perdana Menteri akan merasmikan Gerbang Torana di 'Little India' Brickfields, Kuala Lumpur, yang merupakan hadiah kerajaan India kepada Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan