Kerajaan Persekutuan Kumpul Hasil RM220.63 Bilion Tahun Lepas - Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mengutip hasil berjumlah RM220.63 bilion pada 2014, meningkat RM7.256 bilion atau 3.4 peratus berbanding RM213.370 bilion tahun sebelumnya.

Hasil cukai dan terimaan bukan hasil menunjukkan peningkatan manakala hasil bukan cukai dan hasil Wilayah Persekutuan menunjukkan penurunan, demikian menurut Ketua Audit Negara.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar mengenai laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2014 serta Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen di sini pada Isnin.

Peningkatan hasil sebahagian besarnya disumbangkan oleh cukai pendapatan individu dan syarikat, hasil lesen, bayaran pendaftaran dan permit, duti eksais  terhadap barangan import dan cukai jualan atas barang-barang perkilangan dalam negeri.

Perkembangan ekonomi domestik yang stabil serta aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyumbang kepada peningkatan hasil, katanya.

Bagaimanapun, kutipan cukai pendapatan petroleum serta faedah dan perolehan daripada pelaburan menunjukkan pengurangan berbanding 2013 disebabkan penurunan harga petroleum mentah dan terimaan dividen yang lebih rendah  daripada syarikat Kerajaan.

Pada keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2014 masih baik, dengan 172 kementerian/Jabatan/Agensi yang mendapat penarafan empat bintang (sangat baik) berbanding 194 pada 2013 dan 143 pada 2012.

Sementara itu, sebanyak 69 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan Negeri, merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat.

Kandungan Laporan Ketua Audit Negara ini serta sinopsisnya boleh dilayari di http://www.audit.gov.my sementara satu sesi townhall bersama media mengenainya akan diadakan pada 2 Disember, 2015 di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Putrajaya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan