Kenakan Tindakan Tegas Ke Atas Nurul Izzah - Rosnah

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 9:08 PM

Rosnah Abdul Rashid Shirlin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kerana tindakannya mengadakan pertemuan dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, boleh mencetuskan keadaan yang mengancam keselamatan negara.

Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pertemuan dengan seseorang yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas sudah mencapai tahap keterlaluan dan di luar norma amalan berpolitik. 

"Persoalannya mengapa perlu ada perjumpaan itu? Saya mengharapkan tindakan tegas diambil ke atas beliau (Nurul Izzah).

"Saya akan sokong semua tindakan diambil ke atas beliau termasuk jika dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Parlimen," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata rakyat Sabah tidak akan melupakan tindakan Nurul Izzah yang bertemu dengan Jacel H.Kiram, walaupun selepas beliau menyesali perbuatan itu.

Beliau berkata rakyat Sabah sudah terguris dengan tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berjumpa dengan orang yang ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013. 

"Saya sendiri secara peribadi tidak akan melupakan perkara ini lebih-lebih lagi apa yang berlaku di Lahad Datu, kerana banyak keluarga kehilangan ayah dan suami, adakah itu sesuatu yang perlu dimaafkan?" katanya.

Rosnah berkata permohonan maaf oleh Nurul Izzah juga dilihat sudah tidak relevan kerana beliau jelas tidak menghormati perasaan rakyat Sabah dan ahli keluarga yang terlibat secara langsung dengan insiden itu.

Jacel sebelum ini, memuat naik empat keping gambar pada 9 November lepas dalam akaun Facebook beliau yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini, mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama dengan anggota Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara itu.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Susulan itu berlaku pertempuran antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan negara menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh. 

Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap diperkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh dalam pertempuran dan kemalangan pada operasi di Lahad Datu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan