Banjir: JPS Kelantan Terima Peruntukan Tambahan RM2 Juta

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 1:45 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM2 juta daripada kerajaan persekutuan untuk projek persediaan menghadapi kemungkinan banjir di Kelantan hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Pengarah JPS Kelantan Shahimi Sharif berkata antara projek yang telah dan sedang dilaksanakan ialah membersih, mendalam dan membaik pulih tebing sungai di negeri ini.

"Ini bagi melicinkan aliran arus sungai ke Laut China Selatan bagi mengurangkan risiko banjir apabila hujan lebat berterusan," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai amaran Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai kemungkinan berlaku hujan lebat bermula 26 atau 27 Nov ini di negeri pantai Timur Semenanjung.

Shahimi berkata JPS Kelantan sebelum ini menerima peruntukan sebanyak RM25 juta dan peruntukan tambahan itu diperoleh, awal bulan ini.

Beliau berkata bagi kerja pembaikan yang melibatkan peralatan menyukat data hujan, aras air sungai dan siren amaran banjir yang rosak telah siap dilaksanakan.

"Ini termasuk membaik pulih kerosakan pagar dan alat penyukat hujan di stesen Gua Musang dan Aring (Gua Musang)," katanya.

Beliau berkata JPS juga akan memantau dua pintu kawalan air pasang surut di Geting, Tumpat dan Tok Bali di Pasir Puteh, kemungkinan peningkatan paras air laut yang boleh menyebabkan keadaan lebih buruk di kedua-dua jajahan itu.

"Apabila air laut pasang tinggi dan serentak dengan hujan lebat di daratan, ini boleh menyebabkan air daripada sungai tidak dapat mengalir ke laut dan mengakibatkan banjir," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan