DUN Perak Lulus Bajet 2016

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 9:58 PM

Dr Zambry Abdul Kadir pada sesi pengulungan bajet negeri pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Isnin. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Isnin meluluskan Bajet Negeri Perak 2016 setelah dibahaskan selama lima hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.   

DUN Perak turut meluluskan Enakmen Wakaf (Perak) 2015, Enakmen Mineral (Perak) (Pindaan) 2015, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 (Pindaan) 2015 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2016 berjumlah RM397,438,000.

Speaker Datuk Seri S.K Deevamany kemudian menangguhkan persidangan ke satu  tarikh yang akan ditentukan kelak.

Dalam pada itu, semua anggota DUN Perak sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang Enakmen Pengurusan Pantai dan Badan Perairan Perak 2015. 

Rang undang-undang itu bertujuan menyelaras pembangunan, mengurus aktiviti serta perkhidmatan di kawasan pantai dan badan perairan di Perak.

Terdahulu, lapan wakil rakyat membahaskan rang undang-undang itu yang dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Mereka ialah Chang Lih Kang (PKR-Teja), Terence Naidu (DAP-Pasir Bedamar),Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (AMANAH-Changkat Jering), Datuk Ngeh KooHam (DAP-Sitiawan), Leong Cheok Keng (DAP-Malim Nawar), Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai, Mohamad Ziad Mohamed Zainol Abidin (BN-Manjoi) dan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim).

Ketika menarik balik rang undang-undang berkenaan, Mohammad Zahir berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan ia diperhalusi.

Enakmen yang dicadang itu mempunyai lima bahagian termasuk penubuhan majlis pengurusan pantai dan badan perairan, penyelarasan pengurusan dan pembangunan serta perlesenan terhadap aktiviti yang dijalankan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: DUN Perak , bajet 2016

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan