Deklarasi Komuniti Asean Saat Amat Mengharukan - Najib

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 8:37 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (lima, kiri) bergambar bersama pemimpin-pemimpin negara Asean selepas Majlis Menandatangani Deklarasi Penubuhan Komuniti Asean; dan Deklarasi Kuala Lumpur Asean 2025 sempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. (dari kiri) Presiden Filipina Benigno S Aquino, Perdana Menteri Singapura Lee Hsein Loong, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung, Perdana Menteri Laos Thongsing Thammavong, Sultan Hasanal Bolkiah (Brunei), Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Myanmar U Thein Sein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan pemeteraian deklarasi mengenai pembentukan Komuniti ASEAN merupakan saat yang amat mengharukan dan amat peribadi bagi dirinya.

Perdana Menteri berkata apa yang amat menyentuh perasaannya ialah beliau meneruskan legasi almarhum ayahanda beliau Tun Abdul Razak Hussein dalam perkembangan perkumpulan serantau itu yang ditubuhkan pada 1967.

Najib berkata beliau diselubungi emosi apabila ditakdirkan untuk menandatangani dokumen bersejarah itu, meneruskan apa yang dimulakan oleh ayahandanya 48 tahun dahulu yang ketika itu merupakan menteri luar.

"Ia merupakan saat yang amat peribadi bagi diri saya dan saya amat terharu," katanya pada sidang media selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini hari ini.

"Saya tidak pernah bayangkan yang saya akan menandatangani dokumen ini 48 tahun kemudiannya. Ini merupakan perkembangan yang paling penting dalam sejarah ASEAN," katanya.

Pada 1967, Tun Razak yang ketika itu menteri luar menyertai empat rakan sejawatannya dari empat lagi negara di rantau ini telah menandatangani Deklarasi  Bangkok yang membawa kepada penubuhan ASEAN.

Terdahulu, dalam ucapannya pada upacara pemeteraian Komuniti ASEAN 2015, Najib berkata beliau berumur 15 tahun ketika almarhum ayahandanya bersama-sama Adam Malik dari Indonesia, Narciso R. Ramos dari Filipina, S. Rajaratnam dari Singapura dan Thanat Khoman dari Thailand menandatangani deklarasi itu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan