China Sahkan Minat Sertai Projek Kereta Api Laju - Najib

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 9:02 PM

Najib Tun Razak bersamaLi Keqiang pada majlis sambutan rasmi di Perdana Putra, Isnin. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia maklum dengan minat China untuk menyertai projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata Malaysia akan menimbang minat China itu atas dasar proses tender antarabangsa.  

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memudahkan pembangunan diselaras projek taman berkembar perindustrian kedua-dua negara dan bersama-sama meneroka peluang menggalakkan kerjasama dalam bidang keutamaan. 

"Ia termasuk pengangkutan kereta api, pembinaan kapal, maklumat, komunikasi dan teknologi, penjanaan kuasa dan pembuatan besi dan keluli," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang, di sini, Isnin.

Malaysia dan China  memeterai lapan memorandum persefahaman (MOU)kerajaan kepada kerajaan untuk meningkatkan hubungan dalam perdagangan, budaya dan pentadbiran. 

Permeteraian MOU itu diadakan bersempena dengan lawatan rasmi Li ke Putrajaya. Di bawah Bajet 2016 yang dibentangkan bulan lepas, kerajaan akan meneruskan rundingan kereta api laju dengan Singapura.  

Cadangan projek sejauh 350 kilometer itu dijangka menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa hanya 90 minit dan juga menarik minat Jepun dan Korea Selatan. 

Sementara itu, bagi memudahkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan yang telah sedia rancak, kedua-dua pihak akan mengukuhkan lagi perdagangan dua hala, menggalakkan dan menyokong pelaburan dua hala, menggalakkan pembabitan sektor swasta dan menyokong kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana dan institusi perkhidmatan kedua-dua negara seperti yang ditetapkan dalam 'Program Lima Tahun bagi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan'.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan