DBKL Batal Lesen Peniaga Jalan Petaling Sewakan Premis kepada Warga Asing

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 2:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen serta-merta ke atas peniaga di Jalan Petaling yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana peluang perniagaan sepatutnya diberi keutamaan kepada rakyat di negara ini.

"Peniaga hanya boleh mengambil warga asing sebagai pekerja dan bukan menjadikan mereka tauke (pemilik premis), kita juga melakukan tindakan yang sama ke atas peniaga di Jalan Alor," katanya kepada pemberita selepas program Berkhatan Perdana Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Tengku Adnan berkata sesetengah pemilik perniagaan yang menjual lesen atau menyewakan premis mereka kepada warga asing dengan harga berlipat kali ganda bertujuan untuk mendapat keuntungan segera.

Beliau berkata keadaan ini turut berlaku di pasar-pasar borong dan pihaknya juga sedang mengambil tindakan yang sama terhadap peniaga yang melanggar peraturan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan