Sultan Johor Lancar IIDB, Coronation Square

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 9:14 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melancarkan projek Ibrahim International Business District (IIBD) dan Coronation Square Johor Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Ahad.

Pelancaran itu bersempena dengan Hari Keputeraan baginda yang ke-57 hari ini.

IIBD adalah rancangan pembangunan menyeluruh yang membolehkan Johor Baharu berubah kepada bandaraya metropolis menjelang tahun 2020.

Ia juga merupakan usaha untuk menjadikan bandar raya ini sebagai "Kuala Lumpur kedua", selain muncul sebagai hab atau wilayah ekonomi yang kompetitif di Malaysia.

Projek yang keseluruhannya dipertanggungjawabkan kepada Johor Corporation (JCorp) itu melibatkan kawasan seluas 250 ekar (101.17 hektar).

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, pihaknya tidak mempunyai tempoh masa yang spesifik untuk projek itu disiapkan namun apabila siap, ia dijangka memperoleh Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sekitar RM20 bilion hingga RM25 bilion.

"IIBD turut mengandungi zon pembangunan dinamakan Coronation Square seluas 6.32 ekar (2.56 hektar) yang bakal menjadi katalis untuk menggerakkan transformasi pusat bandaraya.

"Coronation Square mempunyai GDV sebanyak RM3 bilion dan akan siap dalam tempoh sembilan atau 10 tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan zon tranformasi itu.

Turut hadir dalam pelancaran ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pembangunan Coronation Square dilakukan oleh Coronade Properties Sdn Bhd dan merangkumi sebuah suite perubatan, tiga blok pangsapuri perkhidmatan, sebuah menara pejabat dan hotel serta Persada Annexe - sebuah gedung peruncitan berkeluasan 80,000 kaki persegi.

Namun, satu pertiga daripada pembangunan bercampur itu difahamkan sudah dibeli oleh Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Heatlhcare Berhad manakala bagi hotel pula, Coronade sedang mengintai peluang untuk bekerjasama dengan Rotana Group, sebuah syarikat perhotelan yang berpangkalan di Abu Dhabi.

"Saya jangkakan ia (kerjasama) dalam perancangan untuk membawa masuk jenama Rotana dalam pembinaan hotel ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan