Rombakan Pengurusan Anak Syarikat Kerajaan Terengganu Wajar - Ahmad Razif

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 1:09 PM

Ahmad Razif Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan rombakan ke atas pengurusan anak-anak syarikat kerajaan negeri adalah wajar demi membaiki prestasinya.

Sehubungan itu beliau sanggup berdepan dengan risiko dan tidak bimbang popularitinya merudum dengan tindakan tidak popular itu demi memastikan masa depan anak syarikat kerajaan negeri yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

"Memang kita sedang meneliti rombakan ini terutama melibatkan anak syarikat kerajaan negeri yang dilihat tidak berdaya saing untuk diganti pengurusan baharu yang lebih baik.

"Rombakan itu nanti juga dibuat berdasarkan banyak aspek dan jika terbukti terdapat juga kelemahan dari aspek pengurusan, kita akan cuba memberi peluang kepada muka baharu yang boleh menerajui syarikat dengan lebih baik,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) bersama 16 anak syarikatnya pada Ahad.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali. Ia menjadikan TISB sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang kelima berbuat demikian selepas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya KualaTerengganu (MBKT), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). 

Selain itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga tidak berkompromi dengan penjawat awam yang melakukan rasuah sebaliknya mereka akan dikenakan tindakan sesuai mengikut akta di bawah SPRM.

"Ia termasuk tindakan dipecat dan dipenjara kerana kesalahan salahguna kuasa dan rasuah ini sangat serius.

"Namun setakat ini, tiada kes direkodkan di Terengganu semenjak ikrar integriti ini dibuat namun ada siasatan dibuka dan itu perkara biasa dibuat apabila kita menerima aduan," katanya.

Terdapat lima prinsip dalam ikrar tersebut iaitu mempromosikan nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik, memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen pencegahan rasuah dan pematuhan undang-undang serta peraturan yang berkaitan memerangi rasuah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan